Sabtu, 1 September 2012

Tak Puas Bersama Orang Tersayang

Malam tadi sampai jer dari Sabah, terus tidur. Sebelum tidur tu rasa biasa jer, tp bila bangun dari tidur pagi tadi baru terasa kehilangan. Jiwa kosong, rindu sangat dengan orang-orang di kampung, terutamanya ibu dan ayahku yang tercinta, adik beradik dan anak-anak buah. Sedihnya tinggalkan diorang.
Rasa tak puas pula bermesra dengan diorang semua. Tidak puas menguruskan bapa yang telah sedikit uzur. Semoga Allah melanjutkan usia kedua-dua orang tua saya dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Sampai bila-bila pun kita tidak akan puas menghabiskan masa bersama ibubapa kita. Jasa mereka tetap tidak terbalas. Sentiasalah berbuat baik kepada ibubapa.

Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah berdasarkan adat atau kebiasaan yang diwarisi turun temurun, tapi ianya adalah tuntutan syarak. Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa, dan hukumnya adalah fardhu ain, iaitu wajib. Maknanya, apabila dihukumkan fardhu ain, bermaksud setiap orang wajib berbuat baik kepada ibu bapanya. Perkara berbuat baik kepada keduanya bukanlah sesuatu yang boleh diwakil-wakilkan kepada orang lain untuk melakukannya.

2 ulasan:

  1. akk setuju sgt...
    berbuat baik kpd org tua adalah tanggungjwb kite sebagai anak
    sayangi dan berbakti kepada mereka sementara mereka masih ada...
    selamat hari raya aidilfitri dan selamat merdeka..

    BalasPadam
  2. Ya, betul tu kak, tq. Cuti dua minggu rasa macam mimpi pula bersama diorang di kampung. Selamat Hari Raya AIdilfitri dan Salam Hari Merdeka jugak. ;-)

    BalasPadam