Ahad, 9 Julai 2017

Panduan Membeli Kereta BMW Second



Assalamualaikum dan Salam Persahabatan buat semua followers Page CentRoy Bimmers

CentRoy Bimmers adalah salah satu Komunuti Sukan Permotoran yang aktif.

Selain menjalankan program yang telah dirancang sepanjang tahun, kami juga memiliki panel Bengkel Kereta sendiri untuk kemudahan ahli, iaitu CentRoy Bimmers Autoworks. Walau bagaimanapun ahli tidaklah dilarang menggunakan perkhidmatan bengkel lain. Ahli berhak memilih.

Cuma, harus diingat, sekiranya ahli servis Tukar Minyak Hitam di Panel Bengkel ini, ahli tidak akan dikenakan Cas Bayaran Upah yang berjumlah RM25. Bayangkan jika setahun kita Tukar Minyak Hitam sebanyak 4X, dah jimat RM100. Apabila mengambil kira harga Part Lain seperti Minyak dan Oil Filter pun, harga yang diberikan juga sudah begitu murah, setaraf dengan bengkel2 murah di luar sana, silap2 mungkin antara yang termurah.

Kenapa bengkel buat mcm ni? Ada orang kata, ini kerja gila. Macamana nak untung kalau buat mcm tu. Orang kutuk dan gelakkan promosi kita pun, alhamdulillah belum pernah lagi graf keuntungan kita merudum jatuh. Kita percaya kepada Rezeki Allah. Kita cuma nak tolong kawan2 dalam kalangan ahli. Yang bukan ahli, bukan kata kita xnak tolong dan kita tak adil. Kalau nak juga dapat FREE Upah Tukar Minyak Hitam, kenalah join komuniti. Bukan join sekadar daftar dan isi borang je, aktif menyertai apa2 program yang dirancang. Barulah ada Give and Take.

Mungkin ada pula suara sumbang berkata, 'ala Tukar Minyak Hitam dia Untung Sikit, nanti Repair Masalah Lain, dia Mark Up banyaklah tu'.
Biasalah hati manusia kn. Jangan ambil pusing dengan hal2 mcm ni. Kalau tahap pemikiran mcm tu, senang je. Datang untuk servis tukar minyak hitam je, buat benda lain, boleh refer kt tempat lain. Selesai masalah. Mudah kn? Ok, habis pasal itu.

Kebelakangan ini kita kerap dihubungi oleh followers yang bertanyakan berkenaan Kereta BMW, khususnya E90 yang majoriti ahli kita guna, juga yang menjadi keutamaan untuk dimiliki oleh kawan2 di luar sana yang baru ingin cuba Jentera Continental. Alhamdulillah, sempat jugalah balas walaupun sesetengah msg terpaksa dibalas dengan ayat2 ringkas, maklum sajalah dengan kesibukan tugas2 harian.

Kebanyakan soalan berkisarkan tentang Cara Memastikan Kereta Berkondisi Baik dan Kos Maintenance.

Di sini kita ingin kongsikan point2 tersebut berdasarkan pengalaman yang kita ada, bukan daripada google atau maklumat luar.

Kreteria bagi E90:

1. Budget Cukup2 Je - Beli 320i Tahun
2005-2008. Basic.
2. Budget Lebih Sikit Dari Para 1 - Beli 320i MSport 2005-2008.
3. Budget Lebih Sikit Dari Para 2 - Beli 325i 2005-2008.
4. Budget Lebih Sikit Dari Para 3 - Beli 320i 2009-2012.
5. Budget Lebih Sikit Dari Para 4. Beli 320i MSport 2009-2012.
6. Budget Lebih Sikit Dari Para 5 - Beli 325i 2009-2012 (Semua dah Msport) melainkan 323i 2009-2012 yang tak MSport. Harga xbanyak beza.

Cara Memastikan Kereta Berkondisi Baik:

1. Timing Engine Stabil. RPM tak turun-naik.

2. Ketika engine dihidupkan, buka bonet kereta, pastikan engine tidak bergegar teruk.

3. Body engine dan semua permukaan di sekitar engine tidak ada minyak/leaking. Kalau dapat cek bahagian bawah engine lagi baik. Selalunya akan ada leaking pada bahagian FlyWheel Seal/Oil Pan.

4. Asap kereta mestilah berada dalam keadaan normal. Elakkan beli yang ada Asap Putih dan Asap Bau Hangit. Ia akan membawa dua masalah iaitu Engine Makan Minyak Hitam dan Asap Putih. Sekiranya masalah tersebut berlaku, maka kereta tersebut perlu melalui proses pembedahan. Perbelanjaan menelan belanja sekitar RM1200. Tetapi, jangan tersilap cari tempat, nanti tak pasal2 kena cas RM2500-RM4000.

5. Ketika melakukan Test Drive, perkara2 yang perlu diambil perhatian adalah Pertukaran Gear Mestilah Smooth, Tiada Jerking ketika berlaku pertukaran gear mahupun ketika berhenti. Suspension juga mestilah berada dalam kondisi selesa, tidak kedengaran bunyi2 pelik.

6. Kondisi Aircond, pastikan takde bau tidak menyenangkan bersama angin yang keluar dari corong aricond. Aircond konsisten sejuk di kesemua corong.

7. Pastikan Steering tiada gab, ketika cuba pusingkan beberapa CM ke kiri dan ke kanan dalam keadaan engine hidup/mati. Pastikan juga tiada bunyi 'tap tap' ketika pusingkan steering ke kiri dan kanan.

8. Seat, cari yang nampak macam baru, tiada pecah2 atau kotor.

9. Tayar, cari bunga yang masih tebal.

10. Player/Radio berfungsi dengan baik. Lampu Skrin kecik radio masih nampak jelas, cahaya xpecah2.

11. Cat, cari cat warna asal. Kalaupun dah tembak lain, pastikan kualiti cat adalah baik. Bukan sekadar cat layang hanya untuk cover line.

Itu saja beberapa maklumat asas yang dapat kita kongsikan. Mohon maaf jika ada kekurangan. Maaf juga kepada otai2 Bimmers.

Berkenaan Kos Maintenance, InshaAllah kita akan kongsikan pada post2 akan datang.

CentRoy Bimmers Autoworks operasi dari 0900-1900 setiap hari Isnin-Sabtu.

Jangan ketinggalan mendapatkan perkhidmatan terbaik dengan harga yang berpatutan di sini.

Untuk pertanyaan, hubungi Mud CentRoy:
www.wasap.my/601129843631

Selamat Berhujung MingguCar