Ahad, 9 Julai 2017

Panduan Membeli Kereta BMW Second



Assalamualaikum dan Salam Persahabatan buat semua followers Page CentRoy Bimmers

CentRoy Bimmers adalah salah satu Komunuti Sukan Permotoran yang aktif.

Selain menjalankan program yang telah dirancang sepanjang tahun, kami juga memiliki panel Bengkel Kereta sendiri untuk kemudahan ahli, iaitu CentRoy Bimmers Autoworks. Walau bagaimanapun ahli tidaklah dilarang menggunakan perkhidmatan bengkel lain. Ahli berhak memilih.

Cuma, harus diingat, sekiranya ahli servis Tukar Minyak Hitam di Panel Bengkel ini, ahli tidak akan dikenakan Cas Bayaran Upah yang berjumlah RM25. Bayangkan jika setahun kita Tukar Minyak Hitam sebanyak 4X, dah jimat RM100. Apabila mengambil kira harga Part Lain seperti Minyak dan Oil Filter pun, harga yang diberikan juga sudah begitu murah, setaraf dengan bengkel2 murah di luar sana, silap2 mungkin antara yang termurah.

Kenapa bengkel buat mcm ni? Ada orang kata, ini kerja gila. Macamana nak untung kalau buat mcm tu. Orang kutuk dan gelakkan promosi kita pun, alhamdulillah belum pernah lagi graf keuntungan kita merudum jatuh. Kita percaya kepada Rezeki Allah. Kita cuma nak tolong kawan2 dalam kalangan ahli. Yang bukan ahli, bukan kata kita xnak tolong dan kita tak adil. Kalau nak juga dapat FREE Upah Tukar Minyak Hitam, kenalah join komuniti. Bukan join sekadar daftar dan isi borang je, aktif menyertai apa2 program yang dirancang. Barulah ada Give and Take.

Mungkin ada pula suara sumbang berkata, 'ala Tukar Minyak Hitam dia Untung Sikit, nanti Repair Masalah Lain, dia Mark Up banyaklah tu'.
Biasalah hati manusia kn. Jangan ambil pusing dengan hal2 mcm ni. Kalau tahap pemikiran mcm tu, senang je. Datang untuk servis tukar minyak hitam je, buat benda lain, boleh refer kt tempat lain. Selesai masalah. Mudah kn? Ok, habis pasal itu.

Kebelakangan ini kita kerap dihubungi oleh followers yang bertanyakan berkenaan Kereta BMW, khususnya E90 yang majoriti ahli kita guna, juga yang menjadi keutamaan untuk dimiliki oleh kawan2 di luar sana yang baru ingin cuba Jentera Continental. Alhamdulillah, sempat jugalah balas walaupun sesetengah msg terpaksa dibalas dengan ayat2 ringkas, maklum sajalah dengan kesibukan tugas2 harian.

Kebanyakan soalan berkisarkan tentang Cara Memastikan Kereta Berkondisi Baik dan Kos Maintenance.

Di sini kita ingin kongsikan point2 tersebut berdasarkan pengalaman yang kita ada, bukan daripada google atau maklumat luar.

Kreteria bagi E90:

1. Budget Cukup2 Je - Beli 320i Tahun
2005-2008. Basic.
2. Budget Lebih Sikit Dari Para 1 - Beli 320i MSport 2005-2008.
3. Budget Lebih Sikit Dari Para 2 - Beli 325i 2005-2008.
4. Budget Lebih Sikit Dari Para 3 - Beli 320i 2009-2012.
5. Budget Lebih Sikit Dari Para 4. Beli 320i MSport 2009-2012.
6. Budget Lebih Sikit Dari Para 5 - Beli 325i 2009-2012 (Semua dah Msport) melainkan 323i 2009-2012 yang tak MSport. Harga xbanyak beza.

Cara Memastikan Kereta Berkondisi Baik:

1. Timing Engine Stabil. RPM tak turun-naik.

2. Ketika engine dihidupkan, buka bonet kereta, pastikan engine tidak bergegar teruk.

3. Body engine dan semua permukaan di sekitar engine tidak ada minyak/leaking. Kalau dapat cek bahagian bawah engine lagi baik. Selalunya akan ada leaking pada bahagian FlyWheel Seal/Oil Pan.

4. Asap kereta mestilah berada dalam keadaan normal. Elakkan beli yang ada Asap Putih dan Asap Bau Hangit. Ia akan membawa dua masalah iaitu Engine Makan Minyak Hitam dan Asap Putih. Sekiranya masalah tersebut berlaku, maka kereta tersebut perlu melalui proses pembedahan. Perbelanjaan menelan belanja sekitar RM1200. Tetapi, jangan tersilap cari tempat, nanti tak pasal2 kena cas RM2500-RM4000.

5. Ketika melakukan Test Drive, perkara2 yang perlu diambil perhatian adalah Pertukaran Gear Mestilah Smooth, Tiada Jerking ketika berlaku pertukaran gear mahupun ketika berhenti. Suspension juga mestilah berada dalam kondisi selesa, tidak kedengaran bunyi2 pelik.

6. Kondisi Aircond, pastikan takde bau tidak menyenangkan bersama angin yang keluar dari corong aricond. Aircond konsisten sejuk di kesemua corong.

7. Pastikan Steering tiada gab, ketika cuba pusingkan beberapa CM ke kiri dan ke kanan dalam keadaan engine hidup/mati. Pastikan juga tiada bunyi 'tap tap' ketika pusingkan steering ke kiri dan kanan.

8. Seat, cari yang nampak macam baru, tiada pecah2 atau kotor.

9. Tayar, cari bunga yang masih tebal.

10. Player/Radio berfungsi dengan baik. Lampu Skrin kecik radio masih nampak jelas, cahaya xpecah2.

11. Cat, cari cat warna asal. Kalaupun dah tembak lain, pastikan kualiti cat adalah baik. Bukan sekadar cat layang hanya untuk cover line.

Itu saja beberapa maklumat asas yang dapat kita kongsikan. Mohon maaf jika ada kekurangan. Maaf juga kepada otai2 Bimmers.

Berkenaan Kos Maintenance, InshaAllah kita akan kongsikan pada post2 akan datang.

CentRoy Bimmers Autoworks operasi dari 0900-1900 setiap hari Isnin-Sabtu.

Jangan ketinggalan mendapatkan perkhidmatan terbaik dengan harga yang berpatutan di sini.

Untuk pertanyaan, hubungi Mud CentRoy:
www.wasap.my/601129843631

Selamat Berhujung MingguCar

30 ulasan:

  1. as slm tuan.baru jumpa blog tuan. tq dgn info yg diberikan. klau dpt inginkan lebih lg info. sy teringin nk beli e90 2006. tp ramai sgt memomokkan dgn keburukan maintenen kereta ini. mohon lg info2 yg bernas. tq

    BalasPadam
  2. Saya ini sekarang pandu persona auto model 2012..dari dulu berminat dgn BMW !!!..Peminat TEGAR kata kan..byk keta saya dah pakai yg pertama mini austin model 1968 model mr Bean stereng besar. Yg ke2 saga manual 2 auto 1.nissan wagon manual1..perdana auto v6..last persona auto..jadi saya belum pernah memiliki BMW . JADI INI PELUANG UTK MERASA MEMOLIKI KETA CONTINENTAL...MAKLUM LAH DULU PERNAH DRIVE MINI CLASSIC ..JADI TERUJA SGT NAK DRIVE BMW DAH LAMA SAYA TARGET...SAYA PUASHATI DGN INFO SAUDARA TERANG KAN ..SAYA PUASHATI...DAN RASA YAKIN UTK MEMELIKI BMW ! TQ ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aslm tuan bajet saya 35k untuk bmw second ape yg saya bole dapat..minta penjelasan dari tuan

      Padam
  3. saya bercadang nak beli second BMW e46. sedang cari info. thanks sir.

    BalasPadam
  4. Asalamuailaikum tuan... Saya bercadang nak beli bmw 320i atau 525i....mana satu yg bagus dan senang dijaga... Kwn saya bagitau 525i nie manja sgt... So apa pendapat tuan...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum tuan..saya bercadang nak beli bmw f30..bagaimana dengan senggaraannya..blh tuan terangkan serba sedikit

    BalasPadam
  6. assalamualaikum tuan...sy bercadang utk membeli bmw x1 2011/2012...belum lg buat test drive atau lain2...boleh ker bg advice skit dr segi selengara n lain2.sbb sblm ni xpnah ambik keta jenis gini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, saya juga berminat nak beli X1 second tapi perlukan advise para Otai ttg penjagaan dan maintenance X1. Terima kasih
      Hp 0196377883 Deeb

      Padam
  7. Saya teringin nak pakai bmw x6 2009 atau 2010... tapi tak pasti tentang kereta ni.. berbaloinke atau sy kena keluar belanja banyak utk maintenance dan repair... ap yg perlu sy jaga kereta x6 yg usia cam ni.. ada sesiapa ada pengalaman?

    BalasPadam
  8. Tgh recce E90, juga tgh cari workshop bwh pokok yg boleh dirujuk

    BalasPadam
  9. Baru berjinak² nk pakai BMW.. Bole bg cdgn model mana yg ok dgn bajet rm50k

    BalasPadam
  10. Bercadang atau nak proses beli bmw 118i tahun 2014.. adakah kereta ni bagus dari segi enjin dan maintenance?tq

    BalasPadam
  11. Nak info pasal x6 tahun 2010..mcm mana dgn maintenance.. Tq

    BalasPadam
  12. Asalamualaikum...sy bercadang membeli bmw dgn bajet rendah bawah 30k...model apa yg sesuai dgn bajet sy dan berapa kos maintenance yg perlu sy sediakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 523i tahun 2008 berbaloilah pakai? Adakah manja perjagaanya? Adalah model ini low cost atau high cost maintenancenya?

      Padam
  13. Saya baru bercadang nak beli BMW X1, TAHUN 2010 - 2012, Bajet dlm Rm 50K, siapa yg dah pakai kete ni boleh kongsi maklumat tak, text saya....tq

    BalasPadam
  14. Hi, i’m new joiner. Boleh tahu workshop you kat mana?

    BalasPadam
  15. Salam...nak cuba guna x1 2012, macamana dgn maintenance nya bos

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum..Baru jumpa blog tn.. berminat dgn bmw tgh merisik2.. tq tips dari tn.. sgt berguna..

    BalasPadam
  17. Salam baru jmpa blog ni, nk tnya bmw x1 ok ke x dr segi enjin n maintanance, ade bnyak mslh mekanikal x? Bengkel Tuan dmana?

    BalasPadam
  18. Hye Saya harap Ada maklum balas , just nk pebgetahuan before beli
    Berbaloi ke beli bmw520i

    BalasPadam
  19. Tuan saya peminat kereta bmw dan sy berminat nak beli bmw 520i second ye la sekarang bmw second dh tak mahal harga dlm sekitar bwh 30k.. mcm mana sy nk pastikan keadaan kereta bmw tu dlm keadaan baik.. sbb kalau dh beli n rosak nk buat harga mahal.. boleh dpt penerangan dari tuan yg pakar?..

    BalasPadam
  20. Info terbaik...baru berjinak2 dgn e90..alhamdulillah...terjumpa blog centroy bummer..

    BalasPadam
  21. Info terbaik...baru berjinak2 dgn e90..alhamdulillah...terjumpa blog centroy bummer..

    BalasPadam
  22. Good morning..saya nak pergi tengok BMW E90 320 m sport...kalau ade rezeki moga2 boleh booking hari ni..lepas ambik saye mesti akan dtg untuk check kete kat tempat brader😎

    BalasPadam
  23. Thank you for the advice brother...im going to visit E90 320 M sport today

    BalasPadam
  24. lepas tekena repair skali dua, pastu tentu nak jual balik. sebab sekali repair lipat ganda mahal dari jenama tempatan

    BalasPadam
  25. Mahu Beli BMW X3, Tahun 2005.
    Ada Pendapat?

    BalasPadam