Jumaat, 7 Disember 2012

kenapakah?

lama tak buka blog
tup2 bila buka ari ni, semua pic tak leh buka...hitam jer...nape ye?

Ahad, 16 September 2012

Back To Basic

Bila Manusia Hilang Pertimbangan,
Kembalilah Kepada ISLAM,
Kerana Di Situ Kita Akan Temui Jawapan...

Sabtu, 15 September 2012

Cuti 4 Hari Sempena 16 Sept, Hari Malaysia

Baru nk update status blog.
Rasanya tak update pun takpe, bukan ada orang yang follow pun...heehe
Hari ini 16 Sept adalah hari Malaysia... Jugak Hari ATM...
Selamat Hari Malaysia dan Selamat Hari ATM yang ke 76...
Cuti empat hari ni rasanya tak buat apa pun...
Cuma malam tadi jer ada bikin motor skit...
Jap lagi tengahari sampai petang jiran sebelah ni buat Open House, lunch kt sana jerlah kot.
Sekarang dah kul8am, orang umah pun masih tak bangkit lg...huhu


Ahad, 2 September 2012

Jual Soft Copy Karaoke

Kepada sesiapa yang kaki karaoke,
saya ada menjual lagu-lagu dalam bentuk karaoke.
Anda hanya perlu sediakan hard disc untuk membolehkan lagu tersebut 'dicopy' ke hard disc anda.

Kandungan lagu sebanyak lebih 5,000 lagu dengan pelbagai kategori termasuklah lagu melayu duet, lagu melayu lelaki, lagu melayu perempuan, lagu english, dangdut, lagu kahwin, hari jadi dan sebagainya.
Lagu termasuklah lagu lama dan lagu baru.
Hampir 90% berkemungkinan lagu yang ada ingini ada. Tetapi terdapat juga beberapa lagu yang tidak terdapat dalam list karaoke saya.

Saya hanya menjual dengan harga RM100 sahaja, dengan syarat anda perlu sediakan hard disc sendiri sekurang-kurangnya berkapasiti 200 GB free.

Sebarang pertanyaan hubungi saya:

Coral Zangief - 012-6807299


Sabtu, 1 September 2012

Esok start kerja

Alhamdulillah, Gixxer kesayanganku tidak buat hal walaupun hampir 2 minggu ditinggalkan tanpa running enjin. Pagi tadi start sekali jer. Esok bermulalah rutin harian kerja, berulang Putrajaya-Seremban setiap hari bersama Gixxer kesayanganku tu.

Ramai jugak yang berselisih dengan superbike-superbike yang menghala ke KL. Entah siapa diorang tu. Selalu jugak terfikir nk jumpa dengan rider-rider yang menggunakan hiwhway utara selatan terutamanya melaka-kl/kl-melaka yang selalu berselisih dengan aku tu. Nk kenal-kenal diorang. Selalu just teleng-teleng jer time sama2 laju...hehe

Tak Puas Bersama Orang Tersayang

Malam tadi sampai jer dari Sabah, terus tidur. Sebelum tidur tu rasa biasa jer, tp bila bangun dari tidur pagi tadi baru terasa kehilangan. Jiwa kosong, rindu sangat dengan orang-orang di kampung, terutamanya ibu dan ayahku yang tercinta, adik beradik dan anak-anak buah. Sedihnya tinggalkan diorang.
Rasa tak puas pula bermesra dengan diorang semua. Tidak puas menguruskan bapa yang telah sedikit uzur. Semoga Allah melanjutkan usia kedua-dua orang tua saya dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Sampai bila-bila pun kita tidak akan puas menghabiskan masa bersama ibubapa kita. Jasa mereka tetap tidak terbalas. Sentiasalah berbuat baik kepada ibubapa.

Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah berdasarkan adat atau kebiasaan yang diwarisi turun temurun, tapi ianya adalah tuntutan syarak. Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa, dan hukumnya adalah fardhu ain, iaitu wajib. Maknanya, apabila dihukumkan fardhu ain, bermaksud setiap orang wajib berbuat baik kepada ibu bapanya. Perkara berbuat baik kepada keduanya bukanlah sesuatu yang boleh diwakil-wakilkan kepada orang lain untuk melakukannya.

Return Back To Home

Alhamdulillah, selamat sampai rumah - 2 Sept 2012, 2.00am. Putrajaya

Ahad, 26 Ogos 2012

HADIS TENTANG TAUBAT


Rasulullah bersabda:
"Barang sIapa bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, niscaya Allah menerima taubatnya. " (HR.Muslim)
Sebab jika matahari telah terbit dari Barat maka ,pintu taubat serta merta ditutup.

Demikian pula tidak ada gunanya taubat seseorang ketika dia hendak meninggal dunia. 

Allah berfirman :
"Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: 'Sesungguhnya aku bertaubat sekarang .' (An- Nisaa': 18) 

 Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selama (nyawanya) belum sampai di kerongkongnya. " (HR· At-Tirmidzi).

Setiap muslim wajib bertaubat kepada Allah dari segala dosa dan maksiat pada waktu dan kesempatan sebelum ajal menjemputnya sehingga ia tak lagi memiliki kesempatan, lalu baru menyesal, meratapi atas kelengahannya. Dan sungguh, tak seorang pun meninggal kecuali ia menyesal. Jika dia orang baik, maka ia menyesal mengapa dia tidak memperbanyak kebaikannya, dan jika ia orang jahat maka ia menyesal mengapa ia tidak bertaubat, memohon ampun dan kembali kepada Allah. 

Dari Ibnu Abbas radhiallahu  'anhu, ia berkata, Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa senantiasa beristighfar, niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya kelapangan dan untuk setiap kesempitannya jalan keluar, dan akan diberi-Nya rezki dari arah yang tiada disangka-sangka. "  (HR. Abu Daud) (Lihat kitab Lathaa'iful Ma'arif, oleh Ibnu Rajab, hlm.  172-178 )

Imam Al-Auza'i ditanya: "Bagaimana cara beristighfar?  Beliau  menjawab:  "Hendaknya mengatakan : "Astaghfirullah, astaghfirullah. " Artinya, aku memohon ampunan kepada Allah. 

BUDAK BARU

Baru belajar main blog...:-D
Lagi seminggu duduk kampung...aduhh, kalaulah boleh cuti lama kn besttt

Hadis Tentang Ikhlas

“Sesungguhnya sah atau tidaknya suatu amal tergantung pada niat. Dan sesungguhnya setiap orang akan diberi balasan menurut niatnya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan diberi balasan hijrahnya kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana menginginkan keuntungan dunia yang akan didapatnya atau kerana menginginkan wanita yang dia akan mengawininya, maka hijrahnya itu akan diberi balasan menurut niatnya dia berhijrah itu.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Cuti Raya Balik Kampung- Semporna, Sabah
21 Ogos- 1 Sept...